Sudah lama tidak merasai Halwa Maskat. Sangat sukar untuk dapat dibeli dipasaran pada masa ini. Puas dicari tetapi yang dapat tidaklah sesedap yang dibuat sendiri. Ini kerana bukan senang hendak membuatnya. Pertama hanya boleh dibuat dengan mengunakan Periok atau Belanga Tembaga. Belanga tredisi ini masih dibuat di Terengganu dan boleh dapat dibeli di Pasar Payang di Kuala Terengganu. Mengodel dan mengacawnya tampa berhenti mengambil masa tidak kurang dari tiga jam. Oleh itu hanya dengan menguna Belanga Tembaga yang tebal ini sajalah dapat menjamin juadah tredisi ini betul betul menjadi. Seminggu sudah NekNyang siapkan bahan bahan nya dan pada pagi Sabtu 7.11.20 ini bersama dengan anak dan cucu telah dapat dibuatnya. Alhamdulillah. Memang sedap. Recipe nya adalah turunmenurun dari Ayah saya yang membuat juadah ini sebagai makanan istimewa dihidang dan dijual direstaurannya di Kuantan pada setiap bulan Ramadan. Nasib baiklah isteri saya Asmah pada masa itu berumor dalam leng
Sharing my thoughts.
Comments