Sudah lama tidak merasai Halwa Maskat. Sangat sukar untuk dapat dibeli dipasaran pada masa ini. Puas dicari tetapi yang dapat tidaklah sesedap yang dibuat sendiri. Ini kerana bukan senang hendak membuatnya. Pertama hanya boleh dibuat dengan mengunakan Periok atau Belanga Tembaga. Belanga tredisi ini masih dibuat di Terengganu dan boleh dapat dibeli di Pasar Payang di Kuala Terengganu. Mengodel dan mengacawnya tampa berhenti mengambil masa tidak kurang dari tiga jam. Oleh itu hanya dengan menguna Belanga Tembaga yang tebal ini sajalah dapat menjamin juadah tredisi ini betul betul menjadi.
Seminggu sudah NekNyang siapkan bahan bahan nya dan pada pagi Sabtu 7.11.20 ini bersama dengan anak dan cucu telah dapat dibuatnya. Alhamdulillah. Memang sedap. Recipe nya adalah turunmenurun dari Ayah saya yang membuat juadah ini sebagai makanan istimewa dihidang dan dijual direstaurannya di Kuantan pada setiap bulan Ramadan. Nasib baiklah isteri saya Asmah pada masa itu berumor dalam lengkongan duapulohan sempat mempelajari membuat nya dari arwah Maktiri saya Makcik Jidah. Kami tidak pernah putus membuat nya. Oleh kerana tidak mudah dibuat kerana memerlukan tenaga yang kuat akhir akhir ini kami hanya membuat sekali sekala saja. Apabila umor kami meningkat jarang jaranglah kami membuatnya.
Sebagai usaha untuk membolehkan anak cucu menimba ilmu membuat Halwa Maskat NekNyang pada pagi ini telah menganjar anak dan cucu membuatnya dari menunjukkan recepi dan proses membuat dari mula hingga tersiap juadah tredisi ini. NekNyang dan saya sunggoh gembira dengan perjalan kursus khas ini dengan harapan anak cucu boleh membuatnya pada masa masa akan datang, meneruskan tredisi keluarga agar tidak ditelan zaman. In Sya Allah.
Ceria selalu.
Comments
Have a nice day.