Skip to main content

Bulan Dicember 2020...

Dah bulan Disember 2020. Hari in ialah satu haribulan. Dengan secawan Teh Tarek saya duduk diserambi dan menulis ini. Nenek kat dapur seperti biasa memasak. Kesukaan dia, satu ritual setiap hari. Atas nasihat anak anak pada masa in dia hanya memasak empat hari je dalam seminggu. Hari Jumaat hingga ke Ahad dia tidak memasak. Kita berdua makan apa yang ada atau beli lauk dari warong atau makanan siap kat Fastfood yang berdekatan. 

Semalam kami dikejutkan oleh kembalinya kerahmatullah saorang kawan rapat anak sulong dan menantu. Kita datang dan kita pergi, begitulah hukum alam. Alfatihah.  

Sebagai saorang tua saya bersyukor telah dikurniakan dengan kesihatan yang baik dan sentiasa dikeliling dengan kegembiraan sepanjang masa dengan anak cucu cicit dan menantu. Satusatunya nikmat yang dikurniakan ilahi. Alhamdulillah. Begitulah ada nya. 

Ceria selalu. 

 

Comments

Fadhil Isma said…
Alhamdulillah. Semuga Pak Idrus kekal sihat hendaknya.
Pak Idrus said…
Oldstock, Terima kasih berada disini. Alhamdulillah.