Kau menjelema dalam mimpi ku. Kita dalam satu kumpulan menuju kearah tempat penginapan. Tiba tiba kita berpisah dari kumpulan dan tinggal berdua. Kau berpakaian putih dan masih cantik dan mesra seperti dulu dulu. Kau memegang tangan ku dan kita berjalan dicelah celah pohon pokok hijau menuju kearah jalan besar. Kita bepeluk mesra dan bercerita sambil berjalan menaiki bukit dan sampai ke jalan raya. Ku dapat merasai kemeseraan kau seperti dulu dulu, kita terus berbual dengan kata kata mesra. Kita sunggoh riang ria ketika itu sambil berpeluk mesra menuju ke tempat yang ditujui. Ku sunggoh gembira ketika itu. Tak ku sangka kita dapat bertemu semula satelah kita berpisah sekian lama. Tiba tiba terjaga dari tidur dengan peristiwa pertemuan kita masih jelas dalam ingatan. Jam ditepi katil ku menunjuk waktu 3.45 pagi. Lantas ku mengucap Alhamdulillah. Ku bangun dan mengambil Air Sembayang dan melakukan Solat sunat. Lalu berdoa kesyukoran kepada illahi. Ketika saat itu terfikir apakah maksud mimpi yang indah ini. Adakah dia juga bermimpi yang sama! Aku masih ingat kata katanya dalam warkah terakhir selepas kita berpisah. Antara nya... nasi sudah menjadi bubur... namum abang akan adik abadikan dalam kenangan sepanjang hayat...
Ceria selalu.
Comments